Tuesday, June 4, 2013

Kaghau & Otai (Ahad - 26 Mei )

Kaghau & Otai (Ahad - 26  Mei )

Setelah gambar beracun dari kaghau 1 berjaya di ‘FESBUK’kan , cheq teruih dapat panggilan talipon dari seorang kawan di KL (abang  Zek)  yang mengajak cheq turun laut memancing. Setelah tilik-menilik dengan tok nujum di internet dan berbincang ataih talian @ tepon,  abg Zek akan bawa 2 orang member dan cheq dah roger kapten Zam dengan adik beliau untuk join skali. Trip Kaghau & Otai telah ditetapkan pada minggu cuti wesak @ 26 Mei bersamaan 16 Rejab ( ayaq besaq tu….. Ayaq besaq pun besaq la…. Janji kena karen …)

Bak kata member cheq, kalo dah kena saka mancing ni payah ooo ….huhuhu

Tepat 6.15 pagi, semua selamat sampai di tempat pertemuan iaitu pasar kuala perlis , Abang zek datang seorang saja kerana dua lagi kawannya tidak dapat menghadirkan diri dan adik Kapten Zam pun tarik diri last minit , maka tinggal lah kami bertiga shj…. Tiga orang pun on jer… sebab bot dh booking & janji kena karen… J

Selesai solat subuh di masjid kuala perlis berdekatan pasar kuala perlis dan beli bekai apa yang patut, 7.30 bot mula bergerak ke laut…….

Ahlul kaghau & Otai –
Zam (Kapten Kaghau)
Adik Kapten ( kira penolong kapten la kan..)
Abang Zek @ Otai Abang Zek
Member abang zek
Member abang zek
Burn (tuan tanah)
Tekong Pak Rahman (tekong pilihan masa kini….hehehehe bodek skit)

Bot: kayu

Peralatan Mancing: Rod and Joran untuk bottom n light jigging…..

Umpan :
Ikan merket
Udang Merket
Sotong Merket

Jeti: Kuala Perlis, Perlis

Masa: 9.00 pagi – 3 petang (balik awai skit sebab abg zek akan terbang balik ke KL ari tu jugak…)

Lokasi Mancing : Tukun2 di Perairan Kuala Perlis
Hasil :
Kerapu botoi (skala 2-3 ekor sekilo)
Jenahak
Gerut
Gelama papan
Yu semilang ( tekong kata balik buat sup , baguih untuk sakit lutut)
Tamban (dah selamat jadi umpan)
Senangin (Lesen sulung senangin-tuan tanah)

Cuaca
Cerah dan ayaq laut lenang macam dok dalam tasik ja.... (siap bole pulun nasi lemak 2-3 bungkuih sorang)

Perkakaih main bottom untuk 3 orang ...cukup la kot noooo.....

Pemandangan Jeti Nelayan Kuala Perlis @ 7 am

“Lệnang sungguh ayaq ari ni”kata Kapten Zam .... J

Dok tgh kechek otai Abg Zek peturun ilmu….
Otai dah pi mancing dari koh adang sampai la ke pelantar minyak
Dah ada pengalaman menempuh alun yang sama tinggi dengan bot masa balik dari koh adang
memang betui otai.....tabik...

Keluaq dari kola truih disambut dengan awan hitam…jangan hujan dah la …baju hujan tak bawak ni…….

Rod yang banyak berjasa kepada tuannya...sedia untuk beraksi...

Kapten Zam dok jampi perambut tangsi jadi tali hantu...hehehehe
Petua otai sebelum mancing kena perabih nasi lemak 2-3 bungkuih dulu... ( kalo tahan mabuk laut la...)

Lesen mancing senangin pertama ...kecik ja tapi mat rempit ni.....



Hasil-hasil lain....

Jenahak



Yu Semilang

Kerapu Botoi

anak and ibu gelama tak bergambar sebab dah glamor....hehehehe

sekian dulu...jumpa di lain trip....( kalo x dak aral 16 Mei turun laut pulak....)

Adiosss....












Thursday, May 30, 2013

Kaghau 2 ( 12 Mei)

Kaghau 2 ( 12 Mei )

Dari kejayaan kaghau 1 dan hasil aktiviti meracun ‘kaw-kaw’dgn gambar2  dari  kaghau 1 oleh kapten Zam , ramai pulak member2 tak sabaq2 nak join , siap kapten Zam kena marah dengan ayat ” p tak ajak nooo…” (bab ataih darat ....cheq x campoq nooo hahahaha).

Lepas check dengan tok nujum di internet, maka kapten Zam pun buka surat jemputan untuk Kaghau 2….

Tarikh - 12 Mei 

Ahlul kaghau 2 –
Zam (Kapten Kaghau 1)
Adik Kapten ( kira penolong kapten la kan..)
Ku Asyraf ( otai tenggiri… nk try kerapu plak)
Azri ( 1st time turun laut)
Own ( pun 1 st time turun laut)
Burn (tuan tanah)
Tekong Pak Rahman ( tekong otai kola perlis)

Bot: kayu

Peralatan Mancing: Rod and Joran untuk bottom saja…..

Umpan :
Ikan merket
Udang Merket
Sotong Merket
Umpan Hidup ( x dan nak p cari... di kola perlis x da orang yang supply udang hidup….masalah gak tu)

Jeti: Kuala Perlis, Perlis

Masa: 9.00 pagi – 11 pagi ( pasai pa sat sangat ... satgi kita habaq…)

Lokasi Mancing : Tukun2 di Perairan Kuala Perlis


7 pagi:
Lokasi Market Kodiang
semua ahli komplot smpai utk menyerok @ sarapan dan sesi beli ikan temenung+udang+sotong nak buat umpan … tapi tunggu punya tunggu punya tunggu......
Ikan temenung x dak plak ari tu …market punya besaq sorang pun x juai ka…adusss…
Kapten wat keputusan pi cari ikan temenung di market kola perlis….

8.30 pagi
Lokasi jeti nelayan kola perlis
Umpan ikan telah di’setel’kan dengan jayanya oleh kapten Zam
Dengan semangat yang tak sangga2 @ tak terhingga
Tekong pak Rahman pun bergerak keluar dari kola perlis lebih kurang 9 pagi
Dlm dok sibuk2 dok belek2 rod, kapten bagi report umpan udang+sotong yang beli kat market kodiang tertinggai dalam kereta,

cheq pulak tinggai 1 beg yang ada ladung + tali untuk perambut dlm kereta… macam2 dugaan ari ni…

Tapi x pa…. semangat nak mancing mesti tinggi….macam gambaq kat bawah ni… 

Akhir setelah 45-50 minit dok bau diesel dengan hingaq bunyi enjin campoq dengan lagu dari radio tekong, sampai la kat port no 1  

Lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke port no 1 alun semakin tinggi. Walau pun naik bot kayu dengan 7 orang , rasa macam naik bot fiber ja…..dugaaaaann….

Sampai la kat port no 1. siap ja tekong parking bot dengan cantik nya..acara mmbuang isi perut beramai2 bermula di ikuti dengan alun yang makin kasaq….

Ahli kaghau  2 yang berada di hadapan bot terpaksa memegang rod sambil baring (mabuk pun x pa semangat tu mau ada…)

x sampai 30 min parking , tekong ajak balik sebab dia kata angin barat daya

kalo mancing pun wat sakit badan saja, ikan x berapa galak…

Untuk keselamatan semua ahli kaghau 2 setuju balik (nak wat camna ……. x pa nanti kita repeat….. )

Hasil :
4 orang Mabuk
2 orang ¾ mabuk

Balik mai darat check report kaji cuaca , ombak ari tu lebih kurang 1.5 – 2 meter …patutla pun….

Tak pa la…kumpau pun kumpau la janji selamat pergi dan balik….

Pa2 pun ahlul kaghau 2 dah booking tempat untuk trip berikut....tarikh pun tak tau lagi....semangat sungguh depa ni......

Makasih....

Jumpa lagi nanti ....Kaghau 2 (d’repeat)......

Kenangan Kaghau 2.... (dalam 50 minit saja cuaca berubah dengan pantas)












Kaghau 1 ( 21 April )

Komplot Kaghau 1 ( 21 April )

Salam dan selamat bersantai dengan blog Kaki Kaghau....

Sebagai tanda perkenalan Kaki Kaghau mai kita tengok apa jadi masa komplot Kaki Kaghau yang sulung....

pa2 pun.....yang penting kita enjoiiiii.........

Ahli –
Zam (Kapten Kaghau 1)
Adik captain
Burn (tuan tanah)
Tekong

Bot: Fiber 2+ kaki dgn enjin sangkut 40hp

Peralatan Mancing: Rod and Joran untuk bottom saja…..

Umpan :
Ikan merket
Udang Merket
Sotong Merket
Udang Hidup

Jeti: Kuala Kurung Tengar, Perlis

Masa: 9.00 pagi – 5 petang

Lokasi Mancing : Tukun 300 / 400 Perairan Kuala Perlis

Hasil :
Kerapu Botoi
Tanda
Anak Jenahak
Gelama Tengkerong
Sotong sesat sekoq
Kurita sesat Sekoq
Ketam Bunga (sedekah dari member tekong)

Bertolak keluar dari Kuala Kurung Tengar (nk pi  cari udang idup dulu)

Jom cari umpan hidup

Nak dekat dah ......( layan alun dulu...)
topi putih- tekong
topi merah - Zam (kapten kaghau 1)
x pakai topi - adik kapten

Sampai2 truih amik gambaq dulu, satgi ikan serang x ingat dah nak amik gambaq...

Antara hasil pancingan ( lain2 ikn yang fotogenik dah di bawak lari (masing2 kalut nak balik lupa nak amik gambaq....)

Ketam bunga sedekah dari member tekong 
Alhamdulillah....perjalanan selamat pergi dan balik.... 

ada rezeki kita pi lagi...hehehe


adios....

sweet sour plak....